Love you guys!

Khutbah Jumaat Yang Pedas




Apabila tok imam sudah melemparkan nasihat menasihati jemaah masjid pada khutbah hari jumaat di Pusat Islam tadi, semua hadirin terpana dan terkedu seketika. FIY, Pusat Islam tidak tertakluk dengan khutbah yang telah disediakan oleh jabatan Islam kerana ianya bukanlah sebuah masjid. Fungsi Pusat Islam lebih menjuruskan kepada kebajikan penduduk setempat, terutamanya di universiti di sini. Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa jemaah yang menghadirinya bukanlah semestinya mahasiswa universiti sahaja, malah merangkumi pensyarah, pelajar sekulah berhampiran, serta penduduk setempat.


Antara isi kandungan Khutbah Jumaat yang menarik minggu ini ialah:

  • Orang kita sekarang nih boleh membaca 4 helaian surat khabar setiap hari, tetapi yang membaca al-Quran semakin kurang
  • Orang kita ramai yang boleh bertutur dalam bahasa inggeris dengan lancar, tetapi jarang membaca al-Quran
  • Jangan biarkan Ramadhan yang tiba berlalu begitu sahaja seperti kata pepatah orang tua,
    "jong (sejenis kapal atau tongkang, selalunya utk tujuan perdagangan laut pada masa dahulu) berlayar membawa pakaian, tetapi anjing tetap bercawat jua (tidak memakai pakaian yang dibawa jong)"
  • Apabila membeli pakaian raya utk anak2. Ingatlah bahawa masih ada anak fakir miskin yang merasa pakaian raya
  • Walaupun 3 buah kereta mewah menjalar di hadapan rumah, tetapi masih berat utk mengimarahkan masjid
  • Mahasiswa atau pelajar merupakan nuclues kepada negara

Alhamdullilah, i really think this is the one and only khutbah i heard tentatively. This is a different kind of it types, and very well phrased specially made for it targets listerner. i am really looking forward for Jumaat prayer if all this upcoming khutbah will be liked this week.


Salam ramadhan,
[red_blood]

Blog Widget by LinkWithin View blog reactions